Sunday, December 27, 2009

Memperingati peristiwa Ghaza diserang.

Siapa yang patut dipersalahkan dalam peristiwa Ghaza diserang Yahudi Zionis?

Amerika? Siapa Amerika di sini Israel? Amerika adalah pelindung tradisi Israel. Pelobi-pelobi Yahudi yang menguasai politik Amerika. Jadi, bukan sesuatu yang pelik untuk Amerika melindungi Israel dalam setiap kes yang melibatkan kepentingan Israel.

Bagaimana dengan Mesir. Juga pelindung Israel. Siapa pula Mesir? Mesir, satu bangsa serumpun dengan masyarakat Ghaza, berbangsa Arab dan berbahasa Arab. Malah berkongsi satu tuhan, satu al-Quran dan satu kiblat dengan orang Ghaza. Mengapa Mesir enggan membantu Ghaza dalam banyak hal. Malah Mesir telah menghalang banyak usaha membantu Ghaza. Lihat link di bawah.

1. Gaza activist detained in Egypt
2. SA doctor detained in Egypt en route to Gaza
3. Egypt police beat, detain Islamists in Gaza protests
4. Hundreds detained inEgypt over Gaza protests

Itu antara layanan Mesir kepada mereka yang ingin membantu Ghaza ketika Ghaza diserang.

P/S: Bila kita ingin membela masyarakat Ghaza dengan berdemonstrasi, kita sepatutnya berdomentrasi depan kedutaan Mesir bukan Amerika.

Iaitu di sini,

Kedutaan Mesir...
28 Lingkungan - U Thant, Off Jalan
55000
Kuala Lumpur
Malaysia.

No comments: