Friday, March 28, 2008

Meraikan yang menang 2




Dr Syafie belum mandi lagi kerana sibuk dengan jemputan dan melawat kawasan. Ooo rupa-rupa beliau seorang sasterawan pernah menang beberapa anugerah sastera!

Meraikan yang menang




MP Serdang tengah memberi ucapan pasca pilihanraya anjuran PAS Cawangan Bandar Seri Putra. Lebih 200 tetamu hadir. Di sebelah beliau, Dr Syafie, ADUN Bangi. Jangan sempitkan diri dalam kepompong politik sempit. Open your way of thinking. Know all your polticians.. Support the most dedicated.

Intisari khutbah Jumaat hari ini di KUIS




Khatib hari ini memulakan khutbah dengan mengajak para jemaah bertakwa kepada Allah. Beliau kemudiannya, mengingatkan tentang bulan Rabiulawwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW semakin nak meninggalkan kita. Beliau menjelaskan betapa pentingnya mengikut ajaran Nabi sepenuhnya dalam semua urusan hidup manusia. Khatib turut membacakan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tentang gesaan mengikut ajaran Nabi SAW. Gambar diambil di ruang masuk Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Apa isi khutbah di masjid tempat anda hari ini? Mari berkongsi cerita anda dengan meninggalkan mesej di ruang komentar. Terima kasih, selamat menyambung tugas!

Mawar pink!




Betulkan mawar itu cantik!

Ops censored!




Daya imaginasi tinggi sungguh pengukir patung ni. Kena tutup sikit baru boleh publish. Patung ini terdapat di Multicrops Centre dekat pekan Brinchang Cameron Highlands.

Utusan: MT UMNO terima Ahmad Said

Akhirnya Idris Jusoh terpaksa "berputih mata". UMNO terpaksa juga mengalah apabila bersetuju dengan perlantikan Ahmad Said yang telah dibuat oleh pihak istana. Kan kalau awal-awal lagi setuju taklah kecoh sampai satu dunia tahu. Tahniah untuk Ahmad Said.

Thursday, March 27, 2008

Rama-rama..




Rama-rama ini tak dapat terbang bebas di udara kerana dikurung dalam sangkar besar. Banyak yang mati dek terpijak pengunjung.. Yang dah mati diawet buat cenderamata. RM2.50 satu untuk dalam bentuk key-chain. Kalau pencinta hidupan liar tengok apa reaksi mereka gamaknya? Dulu bila ada seorang Prof awetkan katak untuk research heboh satu Malaya ada yang bantah kata perbuatan tu zalim. Yang dok cari makan awaetkan rama-rama macam mana?... Gambar ini diambil di Butterfly Farm, Cameron Highland yang terletak berhampiran Hotel Equatorial 23hb Feb lepas, sehari sebelum hari penamaan calon PRU12.

Wednesday, March 26, 2008

Pampers termahal hanya di Tesco Kajang...




Inilah lampin pakai buang paling mahal pernah kujumpa. Sebelum ni paling mahal pun 40 ringgit untuk jenama dan jenis yang sama di Carrefour Alamanda. Harga biasa 38.90 saja. Billion Bangi harga biasa ditawarkan pada RM35.90 saja. Kalau ada jualan murah bolehlah dapat RM33. Tapi tepung gandum 'tesco' paling murah di Malaysia! RM1.30 sekilo.. Ini harga yang saya 'survey' 4hb Mac lalu.. Bulan ni makin mahal ke?

Tuesday, March 25, 2008

Apa nak jadi dengan orang kita? "PAS: Kain rentang pro-Idris 'menghina'"



Diambil daripada http://malaysiakini.com/news/80341

Pemuda PAS menggesa polis menyiasat kain rentang yang dipamer berdekatan kediaman Datuk Seri Idris Jusoh kerana dianggap menghina.

Kain rentang itu berbunyi "Kami nak Idris, natang", yang bermaksud "kami mahukan Idris, binatang" dalam loghat Terengganu.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata tulisan di kain rentang ini bersifat hasutan dan tindakan segera perlu diambil untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof berkata perkataan "natang" itu bagaimanapun tidak jelas sama ada merujuk istana Terengganu atau Datuk Ahmad Said yang baru dilantik jawatan menteri besar kelmarin.

Salahuddin berkata sayap PAS itu akan membuat aduan polis petang ini berhubung isu itu.

Parti itu juga mendakwa kain rentang yang sama diletakkan di beberapa tempat strategik di daerah itu.

Krisis pelantikan menteri besar Terengganu bermula selepas majlis angkat sumpah Idris di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10 Mac ditangguhkan.

Calon-calon pengganti Idris bagaimanapun tidak diumumkan sehingga 14 hari kemudian apabila pejabat Sultan Terengganu menamakan Ahmad untuk jawatan itu Sabtu lalu.

Majlis angkat sumpahnya, yang dijadual kelmarin, ditangguhkan - dipercayai akibat pemulauan 23 Adun BN yang diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.

Kumpulan wakil rakyat BN itu menegaskan Idris satu-satunya calon yang layak untuk jawatan tersebut kerana mendapat sokongan majoriti dan surat sokongan daripada Perdana Menteri.

>> Makin lama makin banyak persoalan timbul. Banyak juga spekulasi yang telah dibuat. Entah betul entah tidak. Yang empunya kepentingan (Pak Lah, Idris dan Istana) faham akan tindakan masing-masing untuk menyokong dan menolak calon pilihan Istana. Yang 'dok' berdemo tu agak-agak faham ke?