Thursday, November 6, 2008

Me and my sifu at AIBC2008




He won silver for best paper award. :( me not, thank to late submission

Sunday, October 26, 2008

Tiada pengurangan tarif elektrik

Masa harga minyak melambung 4 bulan lps, mrk naikkn tarif kononnya kos jana elektrik naik.. Kini bila harga minyak jatuh, sang menteri tenaga, oo kita jana lektrik 60% gas, 30% arang batu, jd kos masih mahal.. huhuk huhuk mau tipu ka? Jd tahun depan bila TNB manyak untung cakaplah oo ini disumbangkan oleh kejatuhan hrga minyak. Wahai PM n bakal PM tolonglah kami rakyat biasa. Taknak turun takpe tapi bagilah rebat berubah ikut kos bahan api..Berita lanjut baca the Star online hari ini.

Friday, October 17, 2008

All deposits guaranteed...

The Star Online today reported the BNM agreed to guarantee all deposit with immediate effect...util dec 2010. Why now, why 2010?

Thursday, October 16, 2008

Cerpen 'Politik Baru YB J'

Anda dah baca cerpen ini? Cerpen ini boleh dibaca di ruangan sastera Utusan Online. Saya dah. Lepas baca baru boleh komen. Pada saya tak nampak rasis pun, hasutan pun bukan. Ia satu cereka, fiksyen. Tetapi berasaskan isu semasa yang berlaku di sekeliling kita...Apa kata anda? Baca dulu... Dah makan cili terasalah pedasnya.;)p

World finance needs overhaul?

As quoted by AFP, President Sarkozy said, "the system must be completely overhauled, an overhaul that must be global". He also added, "a new capitalism is needed, based on VALUES which put finance at the service of business and citizens, not the vice versa". Now you see, capitalism is now talking about values...Islamic economics is full with values, morality, ethics...and you still got excuses to not choose?

Monday, October 13, 2008

What the difference between to bail out and nationalize?

Let discuss about it?

Jaminan untuk semua deposit?

BBC news pg ini menybut pasaran saham Asia dibuka tinggi. Satu respon positif dr Sunday talk olh geng eurozone. Dlm berita yg sama PM Australia memberi jaminan 100% untk deposit d bank mrk utk 3 thn akn dtg. Kita d Msia macam mna? Taknk follow? jminan 100% ikut konsep deposit dlm Islam. Ikhlaskh kita nk laksanakn sistem Islam..?

Thursday, October 9, 2008

50 mata asas turun

US dan EU telah menurunkan kadr bunga sebanyak 50 basis points. Ini untuk galakkan sektor kredt, untuk up blk kecairn bank, akhirnya galakkn pelaburan n penggnaan. Ekoran itu, pasaran saham mrk brtambh baik. Di Malaysia, ada tradeoff yg besar krn kini inflasi kita tinggi. Turun kadr bunga memburukkn inflasi..jd sebab tu BNM berhati2. Mgkn krjn dh mnyesal naikkn hrga mnyk dulu..teruk inflasi jdnya. Kalulah krjn bersabar dulu hukhukhuk..taklah pasaran saham kita teruk, pertumbuhan lembab,,,..

PIDM cover 60ribu je..

Kepada teman yg kya gilr ada duit lebih dr 60ribu dlm satu2 akuan cepat2lah pindah..nanti ada bank di kat sini yg gagal macam Landsbanki di Iceland. Mana kita tau..Kerajaan skrg tgh berjimat takut2 ekonomi meleset lg..mgkn nk diguna untuk bailout, kalu kna danamodal, danaharta mgkn diaktifkan smulsa. Kita rakyat biasa kna bersedia, sekali jd mcm bank islam 2/3 tahun lps rugi sampai 500juta, krjn kta tknk bantu..nasib ada pelabur luar. Tu krjaan punya, kalu HSBC krjn nk tolong ke? Brsedia la, pelbagaikan tbungan anda, jgn simpan stmpt.

Deposit boleh hilang jika bank gagal?

Kerajaan UK terpaksa campurtangan untuk menjamin deposit pelanggan UK akibat kegagalan bank internet Icesave. Sedang jaminan kerajaan hanya terhad kepada 50ribu pound sahaja..Saya tertanya2 kenapa depositor kena tanggung liabiliti bank? Sedang bank masa tgh maju berjoli melabur dan kaut untung. Depositor hanya dpt untung dgn kdr jauh lebih dr kadar riba pinjaman? Bila rugi kena depositor kn taggng? Malah eksekutif bank kaya gila..sepatut mrk kn taggng!

Sunday, September 7, 2008

Singgah sahur TV3 di perbatasan

Sedih betul tengok anggota PGA sahur makan nasi berlauk ikan masin, sardin dan telur dadar. Sedih betul. Nampak sangat bajet ciput kerajaan untuk anggota keselamatan di perbatasan negara. Makan kurang brkhasiat...anggota kurang sihat, tak kuat..akhirnya hilang fokus. Fikirlah...

Tuesday, August 19, 2008

Pendidikan Seks Untuk Pelatih PLKN: Benar-benar Perlu?

"Sekadar pandangan". Saya terfikir adakah kita perlu untuk menjadi pendidikan yang terlalu personal sebagai pendidikan formal. Seks. Ia terlalu personal. Perlukah ia dijadikan satu pendidikan formal? Bagi saya seks satu sifat fitrah manusia sama seperti makan dan minum. Semua secara natural akan tahu akan seks. Cuma bezanya pengetahuan tentang bagaimana untuk menjaganya sebagaimana minum dan makan bagaimana untuk memilih makanan yang berkhasiat. Pada pandangan saya, tidak perlu untuk mengajar seks secara fizikal seperti bagaimana rupa zakar, faraj... Tetapi yang penting bagaimana untuk menjaga kesihatan alat kelamin itu. Juga perlu diajar ialah sistem nilai dalam seks seperti haram berzina, seks rambang dan sebagainya. Bukannya mengajar cara memakai kondom apabila melakukan seks untuk elak HIV. Adakah modul yang diajar nanti adalah satu modul mengenai sistem nilai dan kesihatan dalam seks atau sekadar mendedahkan pelatih mengenai organ seks dan bagaimana melakukan seks. Entahlah mana yang menjadi fokus? Fikir-fikirlah dan tanya-tanyalah...apa yang mereke (PLKN) nak ajarkan kepada anak-anak kita nanti...

Friday, June 6, 2008

Rakyat tak marah

Rakyat Malaysia memang cool. Walau harga minyak dinaikkan setinggi 78 sen, kita tak melenting. Kita memang cool. Matang? Kita tak berdemo pun. Yang DAP anjurkan semalam "tak laku" pun. Kita memang cool. Kita tak bakar stesen minyak macam di Iran. Atau berdemo macam di Indonesia. Kita tak marah. Kita kool. Matang?

Thursday, June 5, 2008

Minyak naik, naik minyak!

Assalamualaikum,

Dah baca suratkabar otosan online hari ni? Minyak naik beb...78 sen tu. Diesel naik singgit. Aku takde kenderaan enjin diesel..tapi adik aku pergi sekolah naik bas..enjin diesel. Confirm tambang bas naik lepas ni! Barang-barang confirm naik...'gua angkut ini beras pakai lori ma..enjin diesel ma'. Dah la harga beras baru je naik..naik lagi lepas ni:(

Kata keranjaan..'pemotongan subsidi perlu, selama mana lagi kerajaan nak tanggung subsidi?'... 'Wang dari penjimatan subsidi ini kita akan gunakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan kita'...wuah wuah wuah.... Eh eh macam tu jugak sistem pengangkutan kita. Jalan kualiti sama je, tak makin bagus ada ler. Yang sesak lagi sesak ada ler. Kali ini keranjaan kata nak gunakan untuk subsidi bahan makanan. Aku ni rasa makin suspicious..eh betul ke?

Apa sebenarnya masalah dengan makanan kita? Katanya beras tak cukup, pengeksport tak nak eksport ke kita lagi...Alamak!

Sebenarnya berapa banyak makanan yang perlu kita import sebenarnya? Lihat http://www.intracen.org/tradstat/sitc3-3d/ir458.htm tengok item beras (rice) USD183mil. Banyakkk tuuu kita kena import. Betul-betul kerajaan patut bantu subsidikan makanan sebab ada tren menaik nilai beras yang diimport. Bagaimana dengan jumlah tan atau kg yang diimport...cari cari cari.

Baca http://uk.reuters.com/article/gc08/idUKKLA00751320080515 berita mengenai keperluan beras negara..makanan ruji rakyat Malaysia. Jadinya import beras kita dijangka makin bertambah tahun ini. Dan, pesawah-pesawah kita hanya mampu menampung 70 peratus keperluan beras kita. Kenapa begini?

Isu 'tak mampu sara diri' sektor makanan ni dah lama didendang. Sebab itu wujud KADA dan MADA dan sebagainya. Tak selesai lagi ke? Bukankah kita sudah hasilkan benih padi yang baik oleh MARDI? Kan dah dapat keluarkan hasil 10 tan sehektar sawah? Apa? Tanah tak cukup pulak untuk tanam padi? Isy isy...

Tanah tak cukup atau tanah dibiar, terbiar? Almaklum pesawah pendapatan dia ciput je. Dari tanam padi baik jual tanah tu, atau bagi kerajaan buat stadium, sekolah dsb. Akibatnya luas tanah untuk sawah makin mengecil mengecut halus sekangkang semut. Bagaimana pula dengan tanah sawah yang dibiar dengan tumbuhan liar 'menerong'.., semak dsb terus dibiar dan ditinggalkan. Agak-agak kalau dihitung boleh capai 10,000 hektar tak untuk seluruh negara? Di kampung saya ada 20 hektar tanah 'terpaksa terbiar'. Semuanya akibat TNB nak buat laluan kabel elektrik bervoltan tinggi..mula-mula penduduk boleh bersawah..ntah ntah lepas tu tak boleh..bahaya beb. Insurans tak cover. Mungkin. Penduduk dah terima 2000-3000 ringgit untuk kebenaran laluan kabel. Eh eh macam jual tanah jadinya. Sekarang ini penduduk tengah buat rayuan agar mereka dibayar nilai tanah sebenar bukan harga untuk laluan kabel...

Itulah antara penyumbang kepada tanah tak cukup untuk sawah.

Berbalik kepada penjimatan kerajaan dari subsidi minyak yang katanya akan disalurkan kepada sektor makanan..jumlah kesseluruhan RM13.7b. Berapa agaknya sub sektor padi akan terima?...Apa pula bentuk subsidi yang akan keranjaan laksanakan untuk sektor makanan..

Adakah keranjaan hanya beli beras dari Thailand..yang harganya sedikit tinggi..kemudian dijual kepada pengguna di Malaysia dengan harga subsidi? Sebagaimana keranjaan berbelanja besar untuk mendapatkan 200 ribu tan beras dari Thailand. Bekalan pertama 50ribu akan sampai bulan ini katanya, lihat http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0526&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive.

Kalau macam ini tindakan kerajaan..alamak tak selesai lah masalah kita. Baik tak payah potong subsidi minyak. Sebab kalau potong..harga beras akan makin naik..'kita angkut beras pakai lori diesel ma'..

Lepas minyak, tarif elektrikkkk pulak naik.

Sape tak naik minyak???

Jangan marah kalau ada yang protes!!! Lihat http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/06/956.

Malam semalam pun saya berbaris panjang isi minyak...nak jimat. Bagi setiap 1.92/liter yang dibelanjan kita jimat 78 sen. Semalam, isi 41 ringgit dah penuh..jimat 16.70 sen. Minggu depan macam mana? Rugi rugi berganda. Keranjaan jimat!

p/s: Pasti harga basikal naik sebab semua nak naik basikal.

Wednesday, May 21, 2008

Ni je yang mak mampu..?




Ingat tak iklan kat tv? Cuba lihat harga sebenar yang kena bayar. Mmm hari-hari makan pizza boleh botak kepala bapak!

Monday, May 12, 2008

Taklimat pengenalan KUIS




Taklimat pengenalan KUIS sempena minggu pendaftaran pelajar baharu. Taklimat ini disampaikan oleh Us Khairi Hj Hussin, Timb Rektor KUIS.

Friday, April 25, 2008

Nazrey Raihan, makin sihat nampak




Gambar terbaru Nazrey! Nampak makin sihat..tanda rezeki murah.;

Monday, April 21, 2008

Bergambar bersama dengan clown family




Isteri saya, Mawar dan anak saya, Adham bergambar bersama keluarga badut, Mamat ketika mesyuarat agung tahunan CLAPAM di Hospital Pantai, Lembah Pantai hari Sabtu lepas. Beliau, Mamat boleh dihubungi @ clownmamat.fotopages.com atau 016-2343017.

You call this a football craze?




Look! who's the sponsor behind the socalled football party..guess who mostly attend? The ads can be found at pg. S52, the star 20th April. See 80+ similar parties held around the country. Most probably the 'parties' are sponsored by the same company, TIGER.

Friday, April 18, 2008

Khutbah Jumaat di KUIS




Hari ini khatib menyentuh hal berkaitan keruntuhan moral masyarakat Islam. Beliau menekankan setiap orang islam bertanggungjawab menangani masalah ini. Yang terlibat menganjurkan program tidak bermoral disaran bermuhasabah.

Tuesday, April 15, 2008

Is this a "FINTA"??

Watch and understand! The truth is out there. May Allah bless you. Click on the post title to watch the movie.

Saturday, April 12, 2008

Program bersama Tun Mahathir




Gambar hadirin sedang menunggu ketibaan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid. Mereka berdua dijadual tiba jam 3 petang. Program ini dianjurkan oleh gabungan cawangan-cawangan UMNO Ulu Langat, Selangor di Hotel Oriental Crystal, Kajang hari ini.

Friday, April 11, 2008

Minat!




Kerana minat akan buku-buku motivasi Dr Tuah, saya 'terpaksa' menemani isteri saya bersama sebeg buku motivasi Dr Tuah untuk mendapatkan autograf beliau di Pesta Buku KL di PWTC semalam. Ia turut diberitakan dalam laman web Dr Tuah di http://www.etuah.com/v2/enewsv.php?mid=57

Malu dan memalukan..




Sedih dan malu bila tak dapat datang awal ke masjid dan menghayati keseluruhan khutbah. Hari ini saya lambat ke masjid. Sempat dengar khutbah kedua je. Rasa kurang sihat macam nak selesema. Jadi tak dapatlah saya berkongsi tentang khutbah hari ni. Sebab lambat dapat solat kat serambi je..tak dapat masuk dalam dewan utama.

Wednesday, April 9, 2008

Dah mahal!




Senarai harga makanan di sebuah restoran sebelah Hentian Kajang, Bangi. Mahal! Seringgit lebih mahal.

Friday, April 4, 2008

Intisari khutbah hari ini di KUIS




Sekali lagi khatib mengingatkan para hadirin jumaat akan bulan kelahiran Nabi SAW yang masih berbaki 3 hari lagi. Beliau mengungkit akan pentingnya mencontohi Nabi SAW. Kali ini beliau menyorot aspek yang lain. Beliau mengkritik peranan media yang merupakan lidah penguasa yang hanya fokus kepada betapa pentingnya rakyat mencontohi Nabi SAW tanpa sedikitpun mengajak pihak penguasa untuk turut sama mempraktik suruhan dan sunnah Nabi SAW dalam amalan pentadbiran mereka. Ini dapat dilihat apabila ada rakyat berdemonstrasi untuk menuntut kerajaan supaya mengamalkan pentadbiran bersih dan tidak pilih kasih dibalas dengan belantan, air berasid dan penjara bukannya ucapan terima kasih. Ini jelas tidak mencontohi Nabi SAW ketika Baginda berdakwah di Taif. Baginda Nabi SAW tidak membalas dengan marah atau dendam apabila Baginda dicaci dan dilontar batu tetapi membalas dengan doa yang baik-baik. Khatib menambah kerajaan yang adil ialah kerajaan yang mendoakan kesejateraan rakyat dan ditimbal balas dengan doa rakyat.

Friday, March 28, 2008

Meraikan yang menang 2




Dr Syafie belum mandi lagi kerana sibuk dengan jemputan dan melawat kawasan. Ooo rupa-rupa beliau seorang sasterawan pernah menang beberapa anugerah sastera!

Meraikan yang menang




MP Serdang tengah memberi ucapan pasca pilihanraya anjuran PAS Cawangan Bandar Seri Putra. Lebih 200 tetamu hadir. Di sebelah beliau, Dr Syafie, ADUN Bangi. Jangan sempitkan diri dalam kepompong politik sempit. Open your way of thinking. Know all your polticians.. Support the most dedicated.

Intisari khutbah Jumaat hari ini di KUIS




Khatib hari ini memulakan khutbah dengan mengajak para jemaah bertakwa kepada Allah. Beliau kemudiannya, mengingatkan tentang bulan Rabiulawwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW semakin nak meninggalkan kita. Beliau menjelaskan betapa pentingnya mengikut ajaran Nabi sepenuhnya dalam semua urusan hidup manusia. Khatib turut membacakan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tentang gesaan mengikut ajaran Nabi SAW. Gambar diambil di ruang masuk Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Apa isi khutbah di masjid tempat anda hari ini? Mari berkongsi cerita anda dengan meninggalkan mesej di ruang komentar. Terima kasih, selamat menyambung tugas!

Mawar pink!




Betulkan mawar itu cantik!

Ops censored!




Daya imaginasi tinggi sungguh pengukir patung ni. Kena tutup sikit baru boleh publish. Patung ini terdapat di Multicrops Centre dekat pekan Brinchang Cameron Highlands.

Utusan: MT UMNO terima Ahmad Said

Akhirnya Idris Jusoh terpaksa "berputih mata". UMNO terpaksa juga mengalah apabila bersetuju dengan perlantikan Ahmad Said yang telah dibuat oleh pihak istana. Kan kalau awal-awal lagi setuju taklah kecoh sampai satu dunia tahu. Tahniah untuk Ahmad Said.

Thursday, March 27, 2008

Rama-rama..




Rama-rama ini tak dapat terbang bebas di udara kerana dikurung dalam sangkar besar. Banyak yang mati dek terpijak pengunjung.. Yang dah mati diawet buat cenderamata. RM2.50 satu untuk dalam bentuk key-chain. Kalau pencinta hidupan liar tengok apa reaksi mereka gamaknya? Dulu bila ada seorang Prof awetkan katak untuk research heboh satu Malaya ada yang bantah kata perbuatan tu zalim. Yang dok cari makan awaetkan rama-rama macam mana?... Gambar ini diambil di Butterfly Farm, Cameron Highland yang terletak berhampiran Hotel Equatorial 23hb Feb lepas, sehari sebelum hari penamaan calon PRU12.

Wednesday, March 26, 2008

Pampers termahal hanya di Tesco Kajang...




Inilah lampin pakai buang paling mahal pernah kujumpa. Sebelum ni paling mahal pun 40 ringgit untuk jenama dan jenis yang sama di Carrefour Alamanda. Harga biasa 38.90 saja. Billion Bangi harga biasa ditawarkan pada RM35.90 saja. Kalau ada jualan murah bolehlah dapat RM33. Tapi tepung gandum 'tesco' paling murah di Malaysia! RM1.30 sekilo.. Ini harga yang saya 'survey' 4hb Mac lalu.. Bulan ni makin mahal ke?

Tuesday, March 25, 2008

Apa nak jadi dengan orang kita? "PAS: Kain rentang pro-Idris 'menghina'"



Diambil daripada http://malaysiakini.com/news/80341

Pemuda PAS menggesa polis menyiasat kain rentang yang dipamer berdekatan kediaman Datuk Seri Idris Jusoh kerana dianggap menghina.

Kain rentang itu berbunyi "Kami nak Idris, natang", yang bermaksud "kami mahukan Idris, binatang" dalam loghat Terengganu.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata tulisan di kain rentang ini bersifat hasutan dan tindakan segera perlu diambil untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof berkata perkataan "natang" itu bagaimanapun tidak jelas sama ada merujuk istana Terengganu atau Datuk Ahmad Said yang baru dilantik jawatan menteri besar kelmarin.

Salahuddin berkata sayap PAS itu akan membuat aduan polis petang ini berhubung isu itu.

Parti itu juga mendakwa kain rentang yang sama diletakkan di beberapa tempat strategik di daerah itu.

Krisis pelantikan menteri besar Terengganu bermula selepas majlis angkat sumpah Idris di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10 Mac ditangguhkan.

Calon-calon pengganti Idris bagaimanapun tidak diumumkan sehingga 14 hari kemudian apabila pejabat Sultan Terengganu menamakan Ahmad untuk jawatan itu Sabtu lalu.

Majlis angkat sumpahnya, yang dijadual kelmarin, ditangguhkan - dipercayai akibat pemulauan 23 Adun BN yang diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.

Kumpulan wakil rakyat BN itu menegaskan Idris satu-satunya calon yang layak untuk jawatan tersebut kerana mendapat sokongan majoriti dan surat sokongan daripada Perdana Menteri.

>> Makin lama makin banyak persoalan timbul. Banyak juga spekulasi yang telah dibuat. Entah betul entah tidak. Yang empunya kepentingan (Pak Lah, Idris dan Istana) faham akan tindakan masing-masing untuk menyokong dan menolak calon pilihan Istana. Yang 'dok' berdemo tu agak-agak faham ke?