Friday, July 31, 2009

Apa yang PTPTN nak 'Ijarah'kan?

Ini satu lagi berita yang lucu...(bagi saya ia lucu)

Friday July 31, 2009

Fund begins Ujrah loan


PETALING JAYA: The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) has begun implementing education financing using the Ujrah (syariah-compliant financing product) concept.

An Ujrah borrower has to be a student and those with outstanding loans would need to settle them before they are eligible for the Ujrah facility. A borrower who has been convicted by a court is also not eligible for the loan.

For enquiries, contact the PTPTN call centre at 03-20927788 or visit www.ptptn.gov.my.


.....Saya tertanya-tanya apa yang PTPTN nak ijarahkan. Katanya nak ikut syariah, tapi barang yang disewa tu tak jelas malah takde pun. Sewa hutang? Itu jahanam! Riba!

Nak sewa diri sendiri. Student sewa diri sendiri? :(

Mungkin sewa slot/penempatan dia di universiti? Boleh ke? Apa implikasi dengan penempatan oleh UPU.

Apa ler susah-susah PTPTN nak cari kaedah yang comply dengan syariah...guna jelah bay' inah. Kan senang. Bank Rakyat 'kaya' pun dari bay' inah. Janganlah nak elak kontroversi (bay' inah ada sikit kontroversi tapi ada dalil kata boleh pakai) guna yang namanya macam arab sikit dan claim sebagai islamik tetapi langsung tak ikut peraturan muamalat islam.

Saya mohon penjelasan PTPTN. Why Ijarah? Sebab nak legalise service charge ke?

Wednesday, July 22, 2009

PNB tak ikhlas nak bantu bumiputera...

Laporan akhbar utusan (utusan online) hari ni....

SAMBUTAN LUAR BIASA


Orang ramai sanggup beratur sejak awal pagi bagi menunggu giliran untuk melanggan unit ASM di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. di Menara Permodalan Nasional Berhad di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.


Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melanggan baki sejumlah 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada bumiputera yang ditawarkan untuk semua kaum semalam.

Disebabkan jualan bagi baki ASM ini berdasarkan siapa cepat dia dapat, para pelabur sanggup menunggu sejak awal pagi untuk memastikan mereka dapat melanggani unit amanah itu. ASM dilancarkan dengan saiz dana dua bilion unit pada tahun 2000. Bagaimanapun unit yang diperuntukkan kepada bukan bumiputera telah habis dijual dalam tempoh 21 hari.


P/S... Saya tanya kawan saya, seorang profesor perbankan dan kewangan Islam, 'amanah saham malaysia ni halal ke?'. Dia jawab, 'cuba tengok senarai dari SC'. Bila saya tengok HAMPEH!. Satu pun tadak dalam senarai patuh syariah. 'Takde?'. Dia jawab, 'memang pun'.

Patut la kenapa Melayu tak minat!!!

Saya cadangkan kalau nak bantu Bumiputera terutama Melayu...gunalah cara halal. Buat la amanah saham halal...Pihak swasta dah berlambakkkk. Dari pihak PNB seketol pun tadak. Macam mana ni. Kalau tak laku nak salahkan Melayu tak suka melabur la..itu la..ini la... Dah haram sapa nak beliiii..!