Friday, April 25, 2008

Nazrey Raihan, makin sihat nampak




Gambar terbaru Nazrey! Nampak makin sihat..tanda rezeki murah.;

Monday, April 21, 2008

Bergambar bersama dengan clown family




Isteri saya, Mawar dan anak saya, Adham bergambar bersama keluarga badut, Mamat ketika mesyuarat agung tahunan CLAPAM di Hospital Pantai, Lembah Pantai hari Sabtu lepas. Beliau, Mamat boleh dihubungi @ clownmamat.fotopages.com atau 016-2343017.

You call this a football craze?




Look! who's the sponsor behind the socalled football party..guess who mostly attend? The ads can be found at pg. S52, the star 20th April. See 80+ similar parties held around the country. Most probably the 'parties' are sponsored by the same company, TIGER.

Friday, April 18, 2008

Khutbah Jumaat di KUIS




Hari ini khatib menyentuh hal berkaitan keruntuhan moral masyarakat Islam. Beliau menekankan setiap orang islam bertanggungjawab menangani masalah ini. Yang terlibat menganjurkan program tidak bermoral disaran bermuhasabah.

Tuesday, April 15, 2008

Is this a "FINTA"??

Watch and understand! The truth is out there. May Allah bless you. Click on the post title to watch the movie.

Saturday, April 12, 2008

Program bersama Tun Mahathir




Gambar hadirin sedang menunggu ketibaan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid. Mereka berdua dijadual tiba jam 3 petang. Program ini dianjurkan oleh gabungan cawangan-cawangan UMNO Ulu Langat, Selangor di Hotel Oriental Crystal, Kajang hari ini.

Friday, April 11, 2008

Minat!




Kerana minat akan buku-buku motivasi Dr Tuah, saya 'terpaksa' menemani isteri saya bersama sebeg buku motivasi Dr Tuah untuk mendapatkan autograf beliau di Pesta Buku KL di PWTC semalam. Ia turut diberitakan dalam laman web Dr Tuah di http://www.etuah.com/v2/enewsv.php?mid=57

Malu dan memalukan..




Sedih dan malu bila tak dapat datang awal ke masjid dan menghayati keseluruhan khutbah. Hari ini saya lambat ke masjid. Sempat dengar khutbah kedua je. Rasa kurang sihat macam nak selesema. Jadi tak dapatlah saya berkongsi tentang khutbah hari ni. Sebab lambat dapat solat kat serambi je..tak dapat masuk dalam dewan utama.

Wednesday, April 9, 2008

Dah mahal!




Senarai harga makanan di sebuah restoran sebelah Hentian Kajang, Bangi. Mahal! Seringgit lebih mahal.

Friday, April 4, 2008

Intisari khutbah hari ini di KUIS




Sekali lagi khatib mengingatkan para hadirin jumaat akan bulan kelahiran Nabi SAW yang masih berbaki 3 hari lagi. Beliau mengungkit akan pentingnya mencontohi Nabi SAW. Kali ini beliau menyorot aspek yang lain. Beliau mengkritik peranan media yang merupakan lidah penguasa yang hanya fokus kepada betapa pentingnya rakyat mencontohi Nabi SAW tanpa sedikitpun mengajak pihak penguasa untuk turut sama mempraktik suruhan dan sunnah Nabi SAW dalam amalan pentadbiran mereka. Ini dapat dilihat apabila ada rakyat berdemonstrasi untuk menuntut kerajaan supaya mengamalkan pentadbiran bersih dan tidak pilih kasih dibalas dengan belantan, air berasid dan penjara bukannya ucapan terima kasih. Ini jelas tidak mencontohi Nabi SAW ketika Baginda berdakwah di Taif. Baginda Nabi SAW tidak membalas dengan marah atau dendam apabila Baginda dicaci dan dilontar batu tetapi membalas dengan doa yang baik-baik. Khatib menambah kerajaan yang adil ialah kerajaan yang mendoakan kesejateraan rakyat dan ditimbal balas dengan doa rakyat.