Friday, April 4, 2008

Intisari khutbah hari ini di KUIS




Sekali lagi khatib mengingatkan para hadirin jumaat akan bulan kelahiran Nabi SAW yang masih berbaki 3 hari lagi. Beliau mengungkit akan pentingnya mencontohi Nabi SAW. Kali ini beliau menyorot aspek yang lain. Beliau mengkritik peranan media yang merupakan lidah penguasa yang hanya fokus kepada betapa pentingnya rakyat mencontohi Nabi SAW tanpa sedikitpun mengajak pihak penguasa untuk turut sama mempraktik suruhan dan sunnah Nabi SAW dalam amalan pentadbiran mereka. Ini dapat dilihat apabila ada rakyat berdemonstrasi untuk menuntut kerajaan supaya mengamalkan pentadbiran bersih dan tidak pilih kasih dibalas dengan belantan, air berasid dan penjara bukannya ucapan terima kasih. Ini jelas tidak mencontohi Nabi SAW ketika Baginda berdakwah di Taif. Baginda Nabi SAW tidak membalas dengan marah atau dendam apabila Baginda dicaci dan dilontar batu tetapi membalas dengan doa yang baik-baik. Khatib menambah kerajaan yang adil ialah kerajaan yang mendoakan kesejateraan rakyat dan ditimbal balas dengan doa rakyat.

No comments: