Friday, June 6, 2008

Rakyat tak marah

Rakyat Malaysia memang cool. Walau harga minyak dinaikkan setinggi 78 sen, kita tak melenting. Kita memang cool. Matang? Kita tak berdemo pun. Yang DAP anjurkan semalam "tak laku" pun. Kita memang cool. Kita tak bakar stesen minyak macam di Iran. Atau berdemo macam di Indonesia. Kita tak marah. Kita kool. Matang?

Thursday, June 5, 2008

Minyak naik, naik minyak!

Assalamualaikum,

Dah baca suratkabar otosan online hari ni? Minyak naik beb...78 sen tu. Diesel naik singgit. Aku takde kenderaan enjin diesel..tapi adik aku pergi sekolah naik bas..enjin diesel. Confirm tambang bas naik lepas ni! Barang-barang confirm naik...'gua angkut ini beras pakai lori ma..enjin diesel ma'. Dah la harga beras baru je naik..naik lagi lepas ni:(

Kata keranjaan..'pemotongan subsidi perlu, selama mana lagi kerajaan nak tanggung subsidi?'... 'Wang dari penjimatan subsidi ini kita akan gunakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan kita'...wuah wuah wuah.... Eh eh macam tu jugak sistem pengangkutan kita. Jalan kualiti sama je, tak makin bagus ada ler. Yang sesak lagi sesak ada ler. Kali ini keranjaan kata nak gunakan untuk subsidi bahan makanan. Aku ni rasa makin suspicious..eh betul ke?

Apa sebenarnya masalah dengan makanan kita? Katanya beras tak cukup, pengeksport tak nak eksport ke kita lagi...Alamak!

Sebenarnya berapa banyak makanan yang perlu kita import sebenarnya? Lihat http://www.intracen.org/tradstat/sitc3-3d/ir458.htm tengok item beras (rice) USD183mil. Banyakkk tuuu kita kena import. Betul-betul kerajaan patut bantu subsidikan makanan sebab ada tren menaik nilai beras yang diimport. Bagaimana dengan jumlah tan atau kg yang diimport...cari cari cari.

Baca http://uk.reuters.com/article/gc08/idUKKLA00751320080515 berita mengenai keperluan beras negara..makanan ruji rakyat Malaysia. Jadinya import beras kita dijangka makin bertambah tahun ini. Dan, pesawah-pesawah kita hanya mampu menampung 70 peratus keperluan beras kita. Kenapa begini?

Isu 'tak mampu sara diri' sektor makanan ni dah lama didendang. Sebab itu wujud KADA dan MADA dan sebagainya. Tak selesai lagi ke? Bukankah kita sudah hasilkan benih padi yang baik oleh MARDI? Kan dah dapat keluarkan hasil 10 tan sehektar sawah? Apa? Tanah tak cukup pulak untuk tanam padi? Isy isy...

Tanah tak cukup atau tanah dibiar, terbiar? Almaklum pesawah pendapatan dia ciput je. Dari tanam padi baik jual tanah tu, atau bagi kerajaan buat stadium, sekolah dsb. Akibatnya luas tanah untuk sawah makin mengecil mengecut halus sekangkang semut. Bagaimana pula dengan tanah sawah yang dibiar dengan tumbuhan liar 'menerong'.., semak dsb terus dibiar dan ditinggalkan. Agak-agak kalau dihitung boleh capai 10,000 hektar tak untuk seluruh negara? Di kampung saya ada 20 hektar tanah 'terpaksa terbiar'. Semuanya akibat TNB nak buat laluan kabel elektrik bervoltan tinggi..mula-mula penduduk boleh bersawah..ntah ntah lepas tu tak boleh..bahaya beb. Insurans tak cover. Mungkin. Penduduk dah terima 2000-3000 ringgit untuk kebenaran laluan kabel. Eh eh macam jual tanah jadinya. Sekarang ini penduduk tengah buat rayuan agar mereka dibayar nilai tanah sebenar bukan harga untuk laluan kabel...

Itulah antara penyumbang kepada tanah tak cukup untuk sawah.

Berbalik kepada penjimatan kerajaan dari subsidi minyak yang katanya akan disalurkan kepada sektor makanan..jumlah kesseluruhan RM13.7b. Berapa agaknya sub sektor padi akan terima?...Apa pula bentuk subsidi yang akan keranjaan laksanakan untuk sektor makanan..

Adakah keranjaan hanya beli beras dari Thailand..yang harganya sedikit tinggi..kemudian dijual kepada pengguna di Malaysia dengan harga subsidi? Sebagaimana keranjaan berbelanja besar untuk mendapatkan 200 ribu tan beras dari Thailand. Bekalan pertama 50ribu akan sampai bulan ini katanya, lihat http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0526&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive.

Kalau macam ini tindakan kerajaan..alamak tak selesai lah masalah kita. Baik tak payah potong subsidi minyak. Sebab kalau potong..harga beras akan makin naik..'kita angkut beras pakai lori diesel ma'..

Lepas minyak, tarif elektrikkkk pulak naik.

Sape tak naik minyak???

Jangan marah kalau ada yang protes!!! Lihat http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/06/956.

Malam semalam pun saya berbaris panjang isi minyak...nak jimat. Bagi setiap 1.92/liter yang dibelanjan kita jimat 78 sen. Semalam, isi 41 ringgit dah penuh..jimat 16.70 sen. Minggu depan macam mana? Rugi rugi berganda. Keranjaan jimat!

p/s: Pasti harga basikal naik sebab semua nak naik basikal.