Sunday, December 27, 2009

Memperingati peristiwa Ghaza diserang.

Siapa yang patut dipersalahkan dalam peristiwa Ghaza diserang Yahudi Zionis?

Amerika? Siapa Amerika di sini Israel? Amerika adalah pelindung tradisi Israel. Pelobi-pelobi Yahudi yang menguasai politik Amerika. Jadi, bukan sesuatu yang pelik untuk Amerika melindungi Israel dalam setiap kes yang melibatkan kepentingan Israel.

Bagaimana dengan Mesir. Juga pelindung Israel. Siapa pula Mesir? Mesir, satu bangsa serumpun dengan masyarakat Ghaza, berbangsa Arab dan berbahasa Arab. Malah berkongsi satu tuhan, satu al-Quran dan satu kiblat dengan orang Ghaza. Mengapa Mesir enggan membantu Ghaza dalam banyak hal. Malah Mesir telah menghalang banyak usaha membantu Ghaza. Lihat link di bawah.

1. Gaza activist detained in Egypt
2. SA doctor detained in Egypt en route to Gaza
3. Egypt police beat, detain Islamists in Gaza protests
4. Hundreds detained inEgypt over Gaza protests

Itu antara layanan Mesir kepada mereka yang ingin membantu Ghaza ketika Ghaza diserang.

P/S: Bila kita ingin membela masyarakat Ghaza dengan berdemonstrasi, kita sepatutnya berdomentrasi depan kedutaan Mesir bukan Amerika.

Iaitu di sini,

Kedutaan Mesir...
28 Lingkungan - U Thant, Off Jalan
55000
Kuala Lumpur
Malaysia.

Saturday, December 26, 2009

Do you believe in this OBAMA? I don't...

He was awarded with the 2009 Nobel Peace Prize.

Questionably, what had he done for world peace?

Or price of some kinds of just a 'call to action'. Nowadays, we'll get prize before we win the competition? Just like online lottery tricks?

Or the price of this kind of 'peace'?

Why don't we watch this documentary..

Saturday, December 19, 2009

Pemanasan global: Sudah jelas kena tipu

Baca di sini mengenai penipuan yang nyata.

Dokumen yang dikatakan disembunyi dari pengetahuan umum. Klik di sini.

Penipuan sebenarnya bermula di sini, apabila data-data mengenai global warming diubah. Hiruk pikuk jadinya.

Student Makro I PKP KL

Sila download jawapan soalan latihan Makro I untuk latihan dan ulangkaji. Klik di sini atau di sini. Semoga anda buat ulangkaji dengan menyeluruh bukan hanya dengan menjawab soalan latihan yang diberikan sahaja. T.K.

Bukan sekadar hiburan...

Friday, December 18, 2009

Wednesday, December 9, 2009

Hanya jenaka

Seorang pemimpin ingin memilih seorang timbalan, maka dibuatlah satu temuduga. Ramailah yang datang. Ditanya satu soalan, "kalau ada enam, bahagi dua dapat berapa?" kepada calon-calon yang datang.
Calon 1 menjawab, "dapatlah 3". Ini terlalu pandai, fikir pemimpin itu. Lalu berkata, "kamu bukan pilihan saya". Maka berlalulah calon 1 sambil terfikir-fikir, adakah saya menjawab salah.

Calon 2, terfikir kalau jawapan 3 salah, maka 2 kot. "Tuan, jawapannya 2!", jawab calon 2. Ini pula bodoh sangat, bisik hati pemimpin itu. "Kamu juga pilihan saya", kata pemimpin itu.

"Bagaimana dengan kamu?", tanya pemimpin itu kepada calon 3. Dengan yakin calon 3 menjawab, "kalau ada enam, lima untuk tuan, satu untuk saya". "Hah inilah orang yang saya cari", kata pemimpin itu dengan seronoknya.

Apa pengajarannya...

One America

One America in the 21st Century: The Report of President Bill Clinton’s Initiative on Race
By Steven F. Lawson, John Hope Franklin

Publisher: Yale University Press
Number Of Pages: 240
Publication Date: 2008-12-09
ISBN-10 / ASIN: 0300116691
ISBN-13 / EAN: 9780300116694

Product Description:

This volume represents the first publication in book form of the report of President Bill Clinton’s Commission on Race Initiative. Although the document was originally released in 1998, its important contents were overshadowed by crises that diverted the president’s and the media’s attention. The commission’s report contains the first comprehensive assessment of racial progress (or the lack thereof) in America since the heyday of the Civil Rights Movement of the 1960s, along with many recommendations for improvement. It also extends the discussion of race relations beyond issues of black and white to encompass the new diversity of the nation’s population in the twenty-first century. The book features Steven F. Lawson’s introduction; a foreword by commission chair John HopeFranklin ; President Clinton’s speech that launched the commission; and, other useful materials that provide fresh information on American race relations today.

ONE MALAYSIA?

I hope we have better initiatives for our national unity through various agendas other than just political platforms..Dear our leaders, please don't let your personal/group political agendas get more priority than the national unity agendas. Otherwise, you have just repeated what Clinton did for Americans.

I plead.

Tuesday, December 8, 2009

Lembu masuk taman




Terima kasih MPN (Majlis Perbandaran Nilai) kerana KURANG MEMANTAU.

Monday, December 7, 2009

Khusyuknya, murid2ku menjawab ujian




Ekonomi Islam ke ekonomi Syariah?

Apa beza Islam dan syariah, syariah dan tauhid, syariah dan tasawuf?

'Fiqh utk ekonomi' sama dgn 'kaedah fiqh'

Apabila seorang profesor ekonomi tanya saya, 'kaedah fiqh dan fiqh sama?'. Saya jawab, 'tidak sama sekali, skop berbeza, tujuan/mauduk juga berbeza.' Dia berkata, 'utk apa kaedah fiqh?'. Saya jawab, 'kaedah fiqh utk hasilkan hukum, fiqh pula hukum.' 'Utk apa seorang ekonomi tahu kaedah fiqh, cukuplah dgn fiqh', dia kontra. Saya bertegas, 'itu gunanya ahli ekonomi Islam'..Namun jawapan ini blm memuaskan hatinya..baginya tak perlu belajar kaedah fiqh utk seorang sarjana ekonomi. //Teman2 fikirkan situasi ini ketika kita hendak kembangkan ilmu ekonomi Islam//

Juga telah dikorban




Berbincang dan berbahas




Selamat dua hari berkampung di tengah2 kota Melaka untuk berbincang dan berbahas untuk menghasilkan sebuah rujukan lengkap bagi subjek Makroekonomi. Kumpulan kami diketuai PM Dr Zyadi.

Wednesday, December 2, 2009

Financial tsunami was warned in Dubai

As I had expected during my eight-day trip to Dubai last month, the economy of Dubai might collapse.

Yes, of course, the emeers would always denied it.

Dubai has concentrated a lot on property investments. There are too many building than the owners. Even a small house keeps changing hands. Why? price is hiking up. Banks on the other hand loaning the purchases. What would happen if the price half drops? All links will be affected...banks, investors...

During my trip, I heard from our businessmen, dissatisfaction for not having paid for almost a year. Why? Think yourselves, this never happens before.

For more read http://www.reuters.com/article/ousivMolt/idUSTRE5AT2XB20091130

though they are denying http://online.wsj.com/article/BT-CO-20091130-708515.html

or the Dubai crisis will affect others as well http://www.dailymail.co.uk/money/article-1231707/Britains-banks-look-set-ride-Dubai-debt-crisis.html

or watch

Monday, September 7, 2009

What about now?



It is about choice to change or not to change for a better world.

Tuesday, August 11, 2009

Kemarau di Sarawak


KEMARAU... Mohd Fitri,13 dan adikya Mohd Adlin,11 memikul bekas gelen air untuk mendapatkan bantuan bekalan air dari JKR di Asa Jaya, Samarahan, Sarawak. Samarahan merupakan antara kawasan yang terjejas teruk apabila hampir sebulan terputus bekalan air akibat musim kemarau yang melanda negeri Sarawak.

P/S: Nak dapatkan sudut yang baik supaya pokok yang mati masuk untuk gambarkan keseriusan kemarau di Sarawak? Pokok yang segar bugar tu terlupa pula nak diedit ke?

Friday, July 31, 2009

Apa yang PTPTN nak 'Ijarah'kan?

Ini satu lagi berita yang lucu...(bagi saya ia lucu)

Friday July 31, 2009

Fund begins Ujrah loan


PETALING JAYA: The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) has begun implementing education financing using the Ujrah (syariah-compliant financing product) concept.

An Ujrah borrower has to be a student and those with outstanding loans would need to settle them before they are eligible for the Ujrah facility. A borrower who has been convicted by a court is also not eligible for the loan.

For enquiries, contact the PTPTN call centre at 03-20927788 or visit www.ptptn.gov.my.


.....Saya tertanya-tanya apa yang PTPTN nak ijarahkan. Katanya nak ikut syariah, tapi barang yang disewa tu tak jelas malah takde pun. Sewa hutang? Itu jahanam! Riba!

Nak sewa diri sendiri. Student sewa diri sendiri? :(

Mungkin sewa slot/penempatan dia di universiti? Boleh ke? Apa implikasi dengan penempatan oleh UPU.

Apa ler susah-susah PTPTN nak cari kaedah yang comply dengan syariah...guna jelah bay' inah. Kan senang. Bank Rakyat 'kaya' pun dari bay' inah. Janganlah nak elak kontroversi (bay' inah ada sikit kontroversi tapi ada dalil kata boleh pakai) guna yang namanya macam arab sikit dan claim sebagai islamik tetapi langsung tak ikut peraturan muamalat islam.

Saya mohon penjelasan PTPTN. Why Ijarah? Sebab nak legalise service charge ke?

Wednesday, July 22, 2009

PNB tak ikhlas nak bantu bumiputera...

Laporan akhbar utusan (utusan online) hari ni....

SAMBUTAN LUAR BIASA


Orang ramai sanggup beratur sejak awal pagi bagi menunggu giliran untuk melanggan unit ASM di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. di Menara Permodalan Nasional Berhad di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.


Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melanggan baki sejumlah 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada bumiputera yang ditawarkan untuk semua kaum semalam.

Disebabkan jualan bagi baki ASM ini berdasarkan siapa cepat dia dapat, para pelabur sanggup menunggu sejak awal pagi untuk memastikan mereka dapat melanggani unit amanah itu. ASM dilancarkan dengan saiz dana dua bilion unit pada tahun 2000. Bagaimanapun unit yang diperuntukkan kepada bukan bumiputera telah habis dijual dalam tempoh 21 hari.


P/S... Saya tanya kawan saya, seorang profesor perbankan dan kewangan Islam, 'amanah saham malaysia ni halal ke?'. Dia jawab, 'cuba tengok senarai dari SC'. Bila saya tengok HAMPEH!. Satu pun tadak dalam senarai patuh syariah. 'Takde?'. Dia jawab, 'memang pun'.

Patut la kenapa Melayu tak minat!!!

Saya cadangkan kalau nak bantu Bumiputera terutama Melayu...gunalah cara halal. Buat la amanah saham halal...Pihak swasta dah berlambakkkk. Dari pihak PNB seketol pun tadak. Macam mana ni. Kalau tak laku nak salahkan Melayu tak suka melabur la..itu la..ini la... Dah haram sapa nak beliiii..!

Friday, June 26, 2009

The other side of democracy is democrazy

Watch this video by clicking the title of this post to download the video.

Saturday, June 20, 2009

Ini bukan photo tapi lukisan!


Cantik dan real! Itulah reaksi spontan aku bila melihat gambar ini di blog Mokhtar. Dengan melakukan sedikit searching maka terjumpalah laman web pelukis asal. Untuk lihat lukisan yang lain sila klik di sini.

Apa pandangan anda?

Friday, June 19, 2009

Kenapa kes denggi masih tinggi?

Walaupun ada penurunan sebagaiman dalam kenyataan KP Kesihatan, kes denggi masih serius dan berbahaya.

Betul! Ia perlu komitmen semua pihak dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk terutama penduduk kawasan berkenaan. Kekadang faktor luar kawal adalah lebih menyumbang seperti tinggal bersebelahan kawasan pembinaan dan berjiran dengan rumah kosong.

Turut amat penting prosedur laporan dan aduan kepada pihak pejabat kesihatan daerah adalah perlu ditingkatkan. Bayangkan untuk melakukan semburan, pihak pejabat kesihatan perlu pastikan kes denggi adalah positif baru semburan dibuat. Jadi apabila ada suspek dimasukkan ke hospital ia sudah tentu memakan masa 1-3 hari untuk mengetahui keputusan. Ketika keputusan itu hendak dikeluarkan dan jika ia positif, dan pada masa yang sama, nyamuk yang sama telahpun menggigit orang lain seperti ahli keluarga sendiri, atau jiran sebelah. Ketika semburan dibuat sudah lebih seorang mangsa dijangkiti.

Pada hemat saya adalah lebih baik semburan segera dibuat dan kita hanya berkemungkinan mempunyai seorang pesakit sahaja.

Jiran saya baru dimasukkan ke hospital kerana suspek denggi. Saya berharap keputusan ujian darah nanti beliau negatif. Saya telah menelefon ke MPN (Majlis Perbandaran Nilai) untuk bertanyakan prosedur semburan jika perlu. MPN mengarahkan saya menelefon ke Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (06-762 6141/06-762 6142).

Saya menelefon ke sana dan bertanyakan prosedur semburan. Sebelum saya dapat jawapan saya diperli.."kalau semua orang macam awak...". Saya rasa geram. Kita hanya mahu mengadu masalah dan mencari jawapan bukan buat masalah, dan saya rasa saya telah merujuk ke tempat yang betul dan saya bukan menelefon ke balai trafik. Sebelum dia sempat habiskan ayat, saya beritahu (dengan nada tinggi) saya ingin bertanya mengenai prosedur semburan bukan suruh buat semburan. Baru saya diberi jawapan sepatutnya. TQ kepada informasi tersebut.

Sunday, April 19, 2009

Maklumat Balai Polis Mantin




Khusyuk ke sejuk




Di program cegah jenayah. Hari baru lepas hujan.

Program Cegah Jenayah di Taman Melor, Batang Benar




Kami berlima, saya, syahrul, saadon, bob dan shah mewakili Biro Keselamatan Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster ke program cegah jenayah polis bersama penduduk. Sambutan amat menggalakkan.

Thursday, January 15, 2009

Siapa yang ugut siapa?


13/01/2009 Egypt has been exerting fierce pressure on Hamas over the past 24 hours to accept its ceasefire proposal, Palestinian sources told Ynet.

According to the sources, Cairo warned Hamas that should it refuse to accept the proposal the Israeli army would continue to expand its operation in Gaza, “which in effect would mean an end to Hamas' rule over the coastal enclave it took over in June 2007'

SEPATUTNYA: Manusia ini menjadi pembela saudara kita di Palestin. Tetapi menjadi lidah Israel pula.

Wednesday, January 7, 2009

Venezuela expels Israeli ambassador over Gaza...Arab?

CARACAS, Venezuela – Venezuela ordered Israel's ambassador expelled from the country on Tuesday in protest over the Israeli military offensive in the Gaza Strip.

The decision by President Hugo Chavez to kick out the diplomat appeared to be the strongest reaction yet to the Gaza offensive by any country with ties to Israel.

The Venezuelan Foreign Ministry announced the move in a statement, saying it "has decided to expel the Israeli ambassador and part of the Israeli Embassy's personnel."

Inilah holocaust yang sebenar

Sila klik title di atas untuk lihat paparan kezaliman Israel sepanjang zaman.

Ini bantahan kita untuk Ghaza

Link di bawah ini adalah senarai barangan untuk boikot. Boikotlah sampai bila-bila! Sila klik http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

In some places...we cannot express our sympathy to our brothers...


02/01/2009 Egyptian police arrested at least 40 members of the opposition Muslim Brotherhood on Friday as they prepared to hold protests against Israel's bombardment of Gaza, security officials said. "They were detained in Cairo and the provinces as they prepared to demonstrate after Friday prayers," an official said.

What the HELL is this?

06/01/2009 Once again, Egyptian President Hosni Mubarak insists on holding Hamas responsible for the Israeli aggression against the Palestinians in the Gaza Strip. In a closed conversation Monday, he told a delegation of European foreign ministers that Hamas must not be allowed to win the war with the Israeli army, Haaretz said.