Wednesday, December 9, 2009

Hanya jenaka

Seorang pemimpin ingin memilih seorang timbalan, maka dibuatlah satu temuduga. Ramailah yang datang. Ditanya satu soalan, "kalau ada enam, bahagi dua dapat berapa?" kepada calon-calon yang datang.
Calon 1 menjawab, "dapatlah 3". Ini terlalu pandai, fikir pemimpin itu. Lalu berkata, "kamu bukan pilihan saya". Maka berlalulah calon 1 sambil terfikir-fikir, adakah saya menjawab salah.

Calon 2, terfikir kalau jawapan 3 salah, maka 2 kot. "Tuan, jawapannya 2!", jawab calon 2. Ini pula bodoh sangat, bisik hati pemimpin itu. "Kamu juga pilihan saya", kata pemimpin itu.

"Bagaimana dengan kamu?", tanya pemimpin itu kepada calon 3. Dengan yakin calon 3 menjawab, "kalau ada enam, lima untuk tuan, satu untuk saya". "Hah inilah orang yang saya cari", kata pemimpin itu dengan seronoknya.

Apa pengajarannya...

1 comment:

hazwanimohadis said...

pemimpin tu seorg yg inginkn kuasa yg lebih menonjol dr org bwahannya,
tak mahu sama rata, reject calon 1,
tak nak jga duduk sama rendah dgn org lain, reject calon 2, that's why pilih calon 3, sbb die dpt kelebihan