Friday, June 19, 2009

Kenapa kes denggi masih tinggi?

Walaupun ada penurunan sebagaiman dalam kenyataan KP Kesihatan, kes denggi masih serius dan berbahaya.

Betul! Ia perlu komitmen semua pihak dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk terutama penduduk kawasan berkenaan. Kekadang faktor luar kawal adalah lebih menyumbang seperti tinggal bersebelahan kawasan pembinaan dan berjiran dengan rumah kosong.

Turut amat penting prosedur laporan dan aduan kepada pihak pejabat kesihatan daerah adalah perlu ditingkatkan. Bayangkan untuk melakukan semburan, pihak pejabat kesihatan perlu pastikan kes denggi adalah positif baru semburan dibuat. Jadi apabila ada suspek dimasukkan ke hospital ia sudah tentu memakan masa 1-3 hari untuk mengetahui keputusan. Ketika keputusan itu hendak dikeluarkan dan jika ia positif, dan pada masa yang sama, nyamuk yang sama telahpun menggigit orang lain seperti ahli keluarga sendiri, atau jiran sebelah. Ketika semburan dibuat sudah lebih seorang mangsa dijangkiti.

Pada hemat saya adalah lebih baik semburan segera dibuat dan kita hanya berkemungkinan mempunyai seorang pesakit sahaja.

Jiran saya baru dimasukkan ke hospital kerana suspek denggi. Saya berharap keputusan ujian darah nanti beliau negatif. Saya telah menelefon ke MPN (Majlis Perbandaran Nilai) untuk bertanyakan prosedur semburan jika perlu. MPN mengarahkan saya menelefon ke Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (06-762 6141/06-762 6142).

Saya menelefon ke sana dan bertanyakan prosedur semburan. Sebelum saya dapat jawapan saya diperli.."kalau semua orang macam awak...". Saya rasa geram. Kita hanya mahu mengadu masalah dan mencari jawapan bukan buat masalah, dan saya rasa saya telah merujuk ke tempat yang betul dan saya bukan menelefon ke balai trafik. Sebelum dia sempat habiskan ayat, saya beritahu (dengan nada tinggi) saya ingin bertanya mengenai prosedur semburan bukan suruh buat semburan. Baru saya diberi jawapan sepatutnya. TQ kepada informasi tersebut.

No comments: