Wednesday, August 31, 2011

Sambutan raya di Durham, UK

Selamat hari kepada semua muslimin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, August 31, 2010

Memudahkan atau menyusahkan Islam

Ini pandangan YB Hasan Ali seperti dijelaskan oleh malaysiakini versi BM di sini. Saya berpandangan kita perlu melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dahulu sebelum buat keputusan ala penjajah. Janganlah sampai kita jadi orang Islam yang menyusahkan Islam.

Fikir-fikirlah. Bacalah sejarah. Sekian

Tanda akhir zaman...

Bukan suatu yang heran bin ajaib apabila masyarakat lebih mendengar pandangan agama dari seorang yang jahil agama dari mereka yang alim dalam hal agama. Siapa yang jahil agama yang saya maksudkan di sini? Mereka terdiri daripada mereka yang tidak pernah belajar secara formal agama Islam itu sendiri. Sekalipun mereka mungkin banyak membaca, tetapi berkemungkinan pemahaman mereka menyeleweng adalah tinggi - pemahaman mereka mungkin terhad kepada perspektif tulisan penulis buku yang mereka baca.

Mereka yang alim adalah mereka yang belajar dan berguru dengan pelbagai guru bertauliah (tidak semestinya ada tauliah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)), tetapi guru bertauliah yang diiktiraf oleh ahli sepakaran.

Sejak akhir-akhir ini, banyak persoalan agama muncul dan timbul sama ada secara kebetulan atau sengaja diada-adakan. Dan ramai pulak pihak yang jahil agama memberi pandangan mereka. Tidak ramai pula pihak yang alim agama berani memberi pandangan. Atau mungkin pandangan alim ulama sengaja ditenggelamkan oleh media dengan mewarwarkan pandangan sang jahil sahaja.

Malah sang jahil ini tanpa rasa bersalah memberi pandangan sedangkan mereka sedar mereka bukan yang paling layak dalam agama Islam. Yang bukan Islam pun turut tumpang sekaki.

Saya menyeru kepada masyarakat sekalian termasuk saya sendiri agar berhati-hati membuat penilaian pandangan sang jahil dan menerimanya. Dengar dulu apa kata ilmuan agama kita. Kalau tak puas hati, dengarlah dari beberapa ilmuan kita. Ingatlah, Rasulullah SAW pernah menyebut tentang tanda akhir zaman bahawa antaranya apabila urusan agama diber kepada bukan ahlinya.

Sekian, wassalam.

Friday, April 9, 2010

Adakah Latihan Industri akan disalahguna?

Telah berlaku di US, program Intership telah disalahguna oleh sesetengah syarikat untuk mendapatkan buruh percuma. Setelah Latihan Industri telah menjadi satu kewajipan untuk pelajar di IPTA di negara kita untuk menghadirinya, kemungkinan untuk berlaku salahguna adalah tinggi. Apa langkah Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) untuk menghadapi kemungkinan ini?

Sunday, December 27, 2009

Memperingati peristiwa Ghaza diserang.

Siapa yang patut dipersalahkan dalam peristiwa Ghaza diserang Yahudi Zionis?

Amerika? Siapa Amerika di sini Israel? Amerika adalah pelindung tradisi Israel. Pelobi-pelobi Yahudi yang menguasai politik Amerika. Jadi, bukan sesuatu yang pelik untuk Amerika melindungi Israel dalam setiap kes yang melibatkan kepentingan Israel.

Bagaimana dengan Mesir. Juga pelindung Israel. Siapa pula Mesir? Mesir, satu bangsa serumpun dengan masyarakat Ghaza, berbangsa Arab dan berbahasa Arab. Malah berkongsi satu tuhan, satu al-Quran dan satu kiblat dengan orang Ghaza. Mengapa Mesir enggan membantu Ghaza dalam banyak hal. Malah Mesir telah menghalang banyak usaha membantu Ghaza. Lihat link di bawah.

1. Gaza activist detained in Egypt
2. SA doctor detained in Egypt en route to Gaza
3. Egypt police beat, detain Islamists in Gaza protests
4. Hundreds detained inEgypt over Gaza protests

Itu antara layanan Mesir kepada mereka yang ingin membantu Ghaza ketika Ghaza diserang.

P/S: Bila kita ingin membela masyarakat Ghaza dengan berdemonstrasi, kita sepatutnya berdomentrasi depan kedutaan Mesir bukan Amerika.

Iaitu di sini,

Kedutaan Mesir...
28 Lingkungan - U Thant, Off Jalan
55000
Kuala Lumpur
Malaysia.

Saturday, December 26, 2009

Do you believe in this OBAMA? I don't...

He was awarded with the 2009 Nobel Peace Prize.

Questionably, what had he done for world peace?

Or price of some kinds of just a 'call to action'. Nowadays, we'll get prize before we win the competition? Just like online lottery tricks?

Or the price of this kind of 'peace'?

Why don't we watch this documentary..