Monday, September 7, 2009

What about now?



It is about choice to change or not to change for a better world.

Tuesday, August 11, 2009

Kemarau di Sarawak


KEMARAU... Mohd Fitri,13 dan adikya Mohd Adlin,11 memikul bekas gelen air untuk mendapatkan bantuan bekalan air dari JKR di Asa Jaya, Samarahan, Sarawak. Samarahan merupakan antara kawasan yang terjejas teruk apabila hampir sebulan terputus bekalan air akibat musim kemarau yang melanda negeri Sarawak.

P/S: Nak dapatkan sudut yang baik supaya pokok yang mati masuk untuk gambarkan keseriusan kemarau di Sarawak? Pokok yang segar bugar tu terlupa pula nak diedit ke?

Friday, July 31, 2009

Apa yang PTPTN nak 'Ijarah'kan?

Ini satu lagi berita yang lucu...(bagi saya ia lucu)

Friday July 31, 2009

Fund begins Ujrah loan


PETALING JAYA: The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) has begun implementing education financing using the Ujrah (syariah-compliant financing product) concept.

An Ujrah borrower has to be a student and those with outstanding loans would need to settle them before they are eligible for the Ujrah facility. A borrower who has been convicted by a court is also not eligible for the loan.

For enquiries, contact the PTPTN call centre at 03-20927788 or visit www.ptptn.gov.my.


.....Saya tertanya-tanya apa yang PTPTN nak ijarahkan. Katanya nak ikut syariah, tapi barang yang disewa tu tak jelas malah takde pun. Sewa hutang? Itu jahanam! Riba!

Nak sewa diri sendiri. Student sewa diri sendiri? :(

Mungkin sewa slot/penempatan dia di universiti? Boleh ke? Apa implikasi dengan penempatan oleh UPU.

Apa ler susah-susah PTPTN nak cari kaedah yang comply dengan syariah...guna jelah bay' inah. Kan senang. Bank Rakyat 'kaya' pun dari bay' inah. Janganlah nak elak kontroversi (bay' inah ada sikit kontroversi tapi ada dalil kata boleh pakai) guna yang namanya macam arab sikit dan claim sebagai islamik tetapi langsung tak ikut peraturan muamalat islam.

Saya mohon penjelasan PTPTN. Why Ijarah? Sebab nak legalise service charge ke?

Wednesday, July 22, 2009

PNB tak ikhlas nak bantu bumiputera...

Laporan akhbar utusan (utusan online) hari ni....

SAMBUTAN LUAR BIASA


Orang ramai sanggup beratur sejak awal pagi bagi menunggu giliran untuk melanggan unit ASM di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. di Menara Permodalan Nasional Berhad di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.


Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melanggan baki sejumlah 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada bumiputera yang ditawarkan untuk semua kaum semalam.

Disebabkan jualan bagi baki ASM ini berdasarkan siapa cepat dia dapat, para pelabur sanggup menunggu sejak awal pagi untuk memastikan mereka dapat melanggani unit amanah itu. ASM dilancarkan dengan saiz dana dua bilion unit pada tahun 2000. Bagaimanapun unit yang diperuntukkan kepada bukan bumiputera telah habis dijual dalam tempoh 21 hari.


P/S... Saya tanya kawan saya, seorang profesor perbankan dan kewangan Islam, 'amanah saham malaysia ni halal ke?'. Dia jawab, 'cuba tengok senarai dari SC'. Bila saya tengok HAMPEH!. Satu pun tadak dalam senarai patuh syariah. 'Takde?'. Dia jawab, 'memang pun'.

Patut la kenapa Melayu tak minat!!!

Saya cadangkan kalau nak bantu Bumiputera terutama Melayu...gunalah cara halal. Buat la amanah saham halal...Pihak swasta dah berlambakkkk. Dari pihak PNB seketol pun tadak. Macam mana ni. Kalau tak laku nak salahkan Melayu tak suka melabur la..itu la..ini la... Dah haram sapa nak beliiii..!

Friday, June 26, 2009

The other side of democracy is democrazy

Watch this video by clicking the title of this post to download the video.

Saturday, June 20, 2009

Ini bukan photo tapi lukisan!


Cantik dan real! Itulah reaksi spontan aku bila melihat gambar ini di blog Mokhtar. Dengan melakukan sedikit searching maka terjumpalah laman web pelukis asal. Untuk lihat lukisan yang lain sila klik di sini.

Apa pandangan anda?

Friday, June 19, 2009

Kenapa kes denggi masih tinggi?

Walaupun ada penurunan sebagaiman dalam kenyataan KP Kesihatan, kes denggi masih serius dan berbahaya.

Betul! Ia perlu komitmen semua pihak dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk terutama penduduk kawasan berkenaan. Kekadang faktor luar kawal adalah lebih menyumbang seperti tinggal bersebelahan kawasan pembinaan dan berjiran dengan rumah kosong.

Turut amat penting prosedur laporan dan aduan kepada pihak pejabat kesihatan daerah adalah perlu ditingkatkan. Bayangkan untuk melakukan semburan, pihak pejabat kesihatan perlu pastikan kes denggi adalah positif baru semburan dibuat. Jadi apabila ada suspek dimasukkan ke hospital ia sudah tentu memakan masa 1-3 hari untuk mengetahui keputusan. Ketika keputusan itu hendak dikeluarkan dan jika ia positif, dan pada masa yang sama, nyamuk yang sama telahpun menggigit orang lain seperti ahli keluarga sendiri, atau jiran sebelah. Ketika semburan dibuat sudah lebih seorang mangsa dijangkiti.

Pada hemat saya adalah lebih baik semburan segera dibuat dan kita hanya berkemungkinan mempunyai seorang pesakit sahaja.

Jiran saya baru dimasukkan ke hospital kerana suspek denggi. Saya berharap keputusan ujian darah nanti beliau negatif. Saya telah menelefon ke MPN (Majlis Perbandaran Nilai) untuk bertanyakan prosedur semburan jika perlu. MPN mengarahkan saya menelefon ke Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (06-762 6141/06-762 6142).

Saya menelefon ke sana dan bertanyakan prosedur semburan. Sebelum saya dapat jawapan saya diperli.."kalau semua orang macam awak...". Saya rasa geram. Kita hanya mahu mengadu masalah dan mencari jawapan bukan buat masalah, dan saya rasa saya telah merujuk ke tempat yang betul dan saya bukan menelefon ke balai trafik. Sebelum dia sempat habiskan ayat, saya beritahu (dengan nada tinggi) saya ingin bertanya mengenai prosedur semburan bukan suruh buat semburan. Baru saya diberi jawapan sepatutnya. TQ kepada informasi tersebut.