Ini pandangan YB Hasan Ali seperti dijelaskan oleh malaysiakini versi BM di sini. Saya berpandangan kita perlu melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dahulu sebelum buat keputusan ala penjajah. Janganlah sampai kita jadi orang Islam yang menyusahkan Islam.
Fikir-fikirlah. Bacalah sejarah. Sekian
Tuesday, August 31, 2010
Tanda akhir zaman...
Bukan suatu yang heran bin ajaib apabila masyarakat lebih mendengar pandangan agama dari seorang yang jahil agama dari mereka yang alim dalam hal agama. Siapa yang jahil agama yang saya maksudkan di sini? Mereka terdiri daripada mereka yang tidak pernah belajar secara formal agama Islam itu sendiri. Sekalipun mereka mungkin banyak membaca, tetapi berkemungkinan pemahaman mereka menyeleweng adalah tinggi - pemahaman mereka mungkin terhad kepada perspektif tulisan penulis buku yang mereka baca.
Mereka yang alim adalah mereka yang belajar dan berguru dengan pelbagai guru bertauliah (tidak semestinya ada tauliah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)), tetapi guru bertauliah yang diiktiraf oleh ahli sepakaran.
Sejak akhir-akhir ini, banyak persoalan agama muncul dan timbul sama ada secara kebetulan atau sengaja diada-adakan. Dan ramai pulak pihak yang jahil agama memberi pandangan mereka. Tidak ramai pula pihak yang alim agama berani memberi pandangan. Atau mungkin pandangan alim ulama sengaja ditenggelamkan oleh media dengan mewarwarkan pandangan sang jahil sahaja.
Malah sang jahil ini tanpa rasa bersalah memberi pandangan sedangkan mereka sedar mereka bukan yang paling layak dalam agama Islam. Yang bukan Islam pun turut tumpang sekaki.
Saya menyeru kepada masyarakat sekalian termasuk saya sendiri agar berhati-hati membuat penilaian pandangan sang jahil dan menerimanya. Dengar dulu apa kata ilmuan agama kita. Kalau tak puas hati, dengarlah dari beberapa ilmuan kita. Ingatlah, Rasulullah SAW pernah menyebut tentang tanda akhir zaman bahawa antaranya apabila urusan agama diber kepada bukan ahlinya.
Sekian, wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)