Friday, April 25, 2008
Monday, April 21, 2008
Friday, April 18, 2008
Tuesday, April 15, 2008
Is this a "FINTA"??
Watch and understand! The truth is out there. May Allah bless you. Click on the post title to watch the movie.
Saturday, April 12, 2008
Friday, April 11, 2008
Malu dan memalukan..
Sedih dan malu bila tak dapat datang awal ke masjid dan menghayati keseluruhan khutbah. Hari ini saya lambat ke masjid. Sempat dengar khutbah kedua je. Rasa kurang sihat macam nak selesema. Jadi tak dapatlah saya berkongsi tentang khutbah hari ni. Sebab lambat dapat solat kat serambi je..tak dapat masuk dalam dewan utama.
Wednesday, April 9, 2008
Monday, April 7, 2008
Friday, April 4, 2008
Intisari khutbah hari ini di KUIS
Sekali lagi khatib mengingatkan para hadirin jumaat akan bulan kelahiran Nabi SAW yang masih berbaki 3 hari lagi. Beliau mengungkit akan pentingnya mencontohi Nabi SAW. Kali ini beliau menyorot aspek yang lain. Beliau mengkritik peranan media yang merupakan lidah penguasa yang hanya fokus kepada betapa pentingnya rakyat mencontohi Nabi SAW tanpa sedikitpun mengajak pihak penguasa untuk turut sama mempraktik suruhan dan sunnah Nabi SAW dalam amalan pentadbiran mereka. Ini dapat dilihat apabila ada rakyat berdemonstrasi untuk menuntut kerajaan supaya mengamalkan pentadbiran bersih dan tidak pilih kasih dibalas dengan belantan, air berasid dan penjara bukannya ucapan terima kasih. Ini jelas tidak mencontohi Nabi SAW ketika Baginda berdakwah di Taif. Baginda Nabi SAW tidak membalas dengan marah atau dendam apabila Baginda dicaci dan dilontar batu tetapi membalas dengan doa yang baik-baik. Khatib menambah kerajaan yang adil ialah kerajaan yang mendoakan kesejateraan rakyat dan ditimbal balas dengan doa rakyat.
Subscribe to:
Posts (Atom)